7/31/09

Hanya Seringgit Sehari Sekeluarga

Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

"Tiada Kejayaan Yang Jatuh Bergerak Dari Langit Kerana Setiap Kejayaan Haruslah Dicari Dengan Tekun Dan Teliti"

Pengenalan
Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.

Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami. Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.




Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting, tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.
Portal MyStar -A juga diwujudkan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh ibubapa dan pelajar sendiri seperti:-


Sikap Para Pelajar:-
Ø Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu;
Ø Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang;
Ø Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan;
Ø Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah; juga
Ø Tidak mendapat perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja


SKOP
Skop pembelajaran Mystar-B di fokuskan kepada kanak-kanak yang berumur 3 tahun hingga 6 tahun. Program ini memperkenalkan 4 pilihan bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Jepun. Ia dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu mengenal huruf, mengenal nombor, mengenal objek , mengenal haiwan , mengenal warna dan mengenal anggota badan di dalam empat bahasa tersebut.

OBJEKTIF
· Memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak sebelum melangkah ke alam persekolahan sebenar.
· Salah satu cara untuk menarik minat kanak-kanak untuk belajar dengan kaedah terkini dengan penyampaian yang lebih interaktif dan mesra pengguna.

Kritiria yang di masukkan dalam program pembelajaran ini lebih efisyen, rileven dengan zaman teknologi melalui pembelajaran kini dan lebih interaktif dengan menggabungkan audio dan animasi untuk menarik minat kanak-kanak untuk mempelajarinya.

Belajar Mengenal Abjad
Bahagian ini merupakan bahagian belajar mengenal abjad dan dalam mengenal abjad tersebut, pengguna dapat mengenal suku kata lain yang di sertakan dengan gambar.

Belajar Mengenal Abjad
Pada halaman ini, pengguna dapat mengenal huruf A B C sehingga huruf Z dengan mengikut sebutan yang di sebut dan dengan hanya menekan butang.

Belajar Mengenal Abjad dalam Bahasa Arab
Pada halaman ini, pengguna dapat mengenal huruf hijayyah iaitu alif hingga ya dengan di bantu oleh suara.

Belajar Mengenal Abjad dalam Bahasa Jepun
Pada halaman ini, pengguna dapat mengenal huruf hiragana dalam Bahasa Jepun.

Belajar Mengenal Nombor
Bahagian ini merupakan bahagian belajar mengenal nombor. Di dalam bahagian ini ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu belajar mengira, belajar menambah, dan belajar menolak.

Mari Belajar Mengira
Di dalam bahagian belajar mengira ia mempunyai 2 bentuk iaitu mengira nombor dengan di bantu oleh suara atau dengan klik pada nombor. Ia memperkenalkan nombor-nombor asas iaitu pengiraan daripada nombor 1 sehingga nombor 10.

Belajar Mengira dalam Bahasa Arab
Pada halaman ini, pengguna dapat mengira nombor 1 hingga 10 di dalam Bahasa Arab. Pengguna dapat mendengar cara sebutan dengan jelas dan penulisannya.

Belajar Mengira dalam Bahasa Jepun
Pada halaman ini, pengguna dapat mengira nombor 1 hingga 10 di dalam Bahasa Jepun. Pengguna juga dapat mendengar cara sebutan dengan jelas dan penulisannya

Belajar Menambah
Pada halaman ini, pengguna dapat di beri pendedahan untuk menambah nombor-nombor asas.

Belajar Mengenal Objek
Di dalam bahagian ini, pengguna akan diperkenalkan dengan suasana bilik darjah di sekolah. Perkara yang di fokuskan dalam halaman ini ialah mengenal objek yang terdapat di dalam bilik darjah tersebut. Contohnya komputer, meja, kerusi dan lain-lain.

Belajar Mengenal Haiwan
Di dalam bahagian ini, pengguna akan diperkenalkan dengan suasana Hutan. Perkara yang di fokuskan dalam halaman ini ialah mengenal binatang. Contohnya binatang yang terdapat dalam halaman ini ialah buaya, rusa, gajah, singa, zirafah, burung dan lain-lain lagi.
Pengguna perlu klik pada haiwan-haiwan tersebut untuk melihat penulisan dan mendengar sebutannya .

Belajar Mengenal Warna
Di dalam bahagian ini, pengguna akan mengenal warna iaitu kuning, oren, puteh, hitam, merah , hijau,ungu dan biru.
Pengguna perlu klik pada warna tersebut untuk melihat warna, penulisan dan mendengar sebutannya

Belajar Mengenal Anggota Badan
Di dalam bahagian ini, pengguna akan mengenal anggota badan. Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kepala, badan dan kaki.
Pengguna perlu klik pada butang tersebut untuk melihat bahagian-bahagian yang terdapat pada anggota badan

No comments:

Post a Comment